Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 2 6 Bilion Panggilan Jenayah Dalam Talian Disekat

Published: 19 Oct 2023 7.14 AM Updated: 23 Sep 2026 12.20 PM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyekat 2.6 bilion panggilan disyaki terbabit dalam perlakuan jenayah secara dalam talian setakat bulan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-2-6-bilion-panggilan-jenayah-dalam-talian-disekat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:26 MYT
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyekat 2.6 bilion panggilan disyaki terbabit dalam perlakuan jenayah secara dalam talian setakat bulan lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Tuan Ramkarpal Singh Karpal Singh berkata, menerusi kerjasama bersepadu bersama Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), MCMC turut menyekat nombor telefon digunakan "scammer."

“Dari Oktober 2022 hingga Ogos tahun ini, sebanyak 1,732 kes diterima dan dirujuk pada MCMC, 134 nombor talian ditamatkan kerana terbabit dengan aktiviti penipuan dan 21 nombor talian meragukan disekat.

“MCMC turut menyekat laman sesawang bagi mencegah perlakuan kesalahan di bawah undang-undang negara, termasuk aktiviti berkaitan penipuan dan scam.

“Sejak 1 Januari hingga 30 Ogos tahun ini, sebanyak 1,247 laman sesawang berkaitan penipuan dan scam untuk pemancingan maklumat (Phishing) disekat MCMC,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online.

May be an image of text
ArticlePublished 19 Oct 2023 7.14 AMUpdated 23 Sep 2026 12.20 PM