Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 2 56 Juta Saman Pelbagai Kesalahan Jalan Raya Dalam 8 Bulan

Diterbitkan: 11 Sep 2023 3.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-2-56-juta-saman-pelbagai-kesalahan-jalan-raya-dalam-8-bulan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:18 MYT
Petaling Jaya, 11 September 2023 - Sebanyak 2.56 juta kompaun saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh lapan bulan tahun ini bermula Januari hingga 31 Ogos lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 1.52 juta saman K257 iaitu secara bersemuka manakala 1.03 juta keping kompaun K170A melibatkan kesalahan-kesalahan dikesan PDRM melalui kamera atau penguatkuasaan dijalankan.

Katanya, saman tertinggi dikeluarkan membabitkan kesalahan tanda trafik iaitu 985,635 saman.
“Antaranya memandu melebihi had laju ditetapkan, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 555,002 saman lesen dikenakan terhadap mereka yang tidak mempunyai lesen sah atau lesen yang tamat tempoh,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Dalam pada itu, sebanyak 205,464 saman membabitkan kes-kes kemalangan manakala 187,120 keping kompaun terhadap kesalahan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan.

Sebanyak 154,369 keping saman turut dikeluarkan terhadap kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

 
ArtikelDiterbitkan 11 Sep 2023 3.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM