Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 19 Ahli Geng Kabali Dihadapkan Ke Mahkamah

Diterbitkan: 10 Jan 2020 8.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seremban, 10 Januari 2020 - Seramai 19 individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang Geng Kabali, tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-19-ahli-geng-kabali-dihadapkan-ke-mahkamah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:30 MYT

Seremban, 10 Januari 2020 - Seramai 19 individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang Geng Kabali, tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa kepada setiap tertuduh berusia 18 hingga 50 tahun itu di hadapan Hakim Mardihah Harullah.

Tertuduh ialah S Prabu, S Viven, S G Ravikumar, S S Subramaniam, G Kartik Rajah, S R C Parkash, R Kamal Rajh, T S G Kartik, U Kartik, B Kalaiarasan, G Murali, S Ilangovan, L Navinraj, K Sarugunan, S Sivabalan, G Thanaselan dan M Puspalingam.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Kabali di jalan besar Batu 1/2, Jalan Rantau-Siliau, Rantau, di sini antara Februari dan 27 November 2019.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Image may contain: 1 person

ArtikelDiterbitkan 10 Jan 2020 8.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM