Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 17 Guni Syabu Rm13 14 Juta Disorok Dalam Kereta

Published: 03 Jun 2025 3.01 AM Updated: 15 Aug 2026 7.59 PM
Kangar, 3 Jun 2025 - Polis membongkar kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan Perlis sebagai transit pengedaran selepas merampas Syabu seberat 365 kilogram (kg) bernilai RM13.14 juta dalam sebuah kereta di Beseri, Padang Besar, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-17-guni-syabu-rm13-14-juta-disorok-dalam-kereta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:27 MYT
Kangar, 3 Jun 2025 - Polis membongkar kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan Perlis sebagai transit pengedaran selepas merampas Syabu seberat 365 kilogram (kg) bernilai RM13.14 juta dalam sebuah kereta di Beseri, Padang Besar, kelmarin.

Dalam operasi itu, polis menahan seorang duda berusia 40 tahun yang dipercayai menggunakan kereta berkenaan untuk mengedar Syabu di kawasan selatan tanah air.

Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim berkata, bertindak atas maklumat, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis pergi ke sebuah kediaman di Kampung Belat Batu, Beseri, di sini sekitar jam 3.30 pagi.

“Dalam serbuan berkenaan, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang sedang memandu sebuah kereta Proton Waja di sekitar kawasan kampung pada waktu itu dan penahanan suspek membawa kepada sebuah lagi kereta Toyota Vios yang diletakkan berhampiran kediaman suspek.

“Pemeriksaan selanjutnya di dalam kereta berkenaan menemui 17 guni berjahit di mana di dalamnya terdapat 365 kilogram dadah dipercayai Syabu yang dianggarkan bernilai RM13.14 juta,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people and text


ArticlePublished 03 Jun 2025 3.01 AMUpdated 15 Aug 2026 7.59 PM