Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 150 Kakak Polis Sertai Kempen Kesedaran Cegah Kanser

Diterbitkan: 04 Nov 2024 12.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 4 November 2024- Lebih 150 kakitangan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman menyertai kempen kesedaran pencegahan kanser payu dara di Menara 1 Bukit Aman, ibu negara, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-150-kakak-polis-sertai-kempen-kesedaran-cegah-kanser
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:09 MYT
Kuala Lumpur, 4 November 2024- Lebih 150 kakitangan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman menyertai kempen kesedaran pencegahan kanser payu dara di Menara 1 Bukit Aman, ibu negara, baru-baru ini.

Kempen anjuran KPJ Sentosa KL Specialist Hospital dengan kerjasama Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Awam Pasukan Polis Cawangan Bukit Aman itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit pembunuh utama wanita serta kepentingan pemeriksaan awal bagi menanganinya.

la turut menampilkan sesi perkongsian maklumat penyakit itu Pakar Bedah Umum hospital berkenaan, Dr. Steven See Boon Keong serta kisah inspirasi daripada bekas pesakit kanser payudara, Puan Rodziah Md Hanahah.

Mereka berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang berharga bagi meningkatkan pemahaman mengenai penyakit merbahaya itu serta langkah-langkah pencegahan.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan antaranya pemeriksaan payudara, pemeriksaan kesihatan, hsioterapi serta pelbagai program kesihatan yang memfokuskan kepada gaya hidup sihat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 04 Nov 2024 12.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM