Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 13 Lelaki Didakwa Jadi Ahli Kumpulan Jenayah

Published: 09 Oct 2025 4.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sepang, 9 Oktober 2025 - Seramai 13 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Captain Praba’ sejak Disember 2023 hingga 11 September lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-13-lelaki-didakwa-jadi-ahli-kumpulan-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:33 MYT
Sepang, 9 Oktober 2025 - Seramai 13 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Captain Praba’ sejak Disember 2023 hingga 11 September lalu.

Mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 adalah M Lavindran, 27; M Meganathan, 37; M Tinesh, 20; K Utayaragu, 29; M Thinesh, 31, dan S Jeevan, 19. Turut didakwa adalah J Sangaranarayanan, 28; P Joshua, 35; M Devindran, 25; M Nokarju, 29; S Tivagaran, 22; S Logeswaran, 26, dan D Vijayakumar, 36.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othnian dalam bahasa Tamil kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan dibacakan secara berasingan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Captain Praba.

Kesalahan itu dilakukan di ladang kelapa sawit di Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat pada Disember 2023 hingga 11 September lalu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, slow loris and text that says '13 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah Geng Captain Praba dituduh lakukan kesalahan ladan



ArticlePublished 09 Oct 2025 4.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM