Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 12 Ejen Sindiket Pemerdangan Manusia Dicekup

Published: 11 Sep 2023 1.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-12-ejen-sindiket-pemerdangan-manusia-dicekup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:05 MYT
Alor Setar, 11 September 2023 - Tiga warga Myanmar antara 12 ejen daripada lima sindiket pemerdagangan manusia yang ditahan dalam serbuan Op Pintas sejak 15 Ogos hingga 7 September lalu di seluruh negeri ini.

Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh berkata, tangkapan dilakukan dalam dua serbuan di Langkawi dan tiga serbuan di daerah Kubang Pasu yang turut menahan 47 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar.
Katanya, semua PATI terbabit berusia antara 15 hingga 50 tahun yang memasuki negara ini melalui jalan darat dan laut.

“Semua tangkapan yang membabitkan kumpulan sindiket ini tiada kaitan, namun modus operandi dilakukan sama iaitu dengan menyeludup migran masuk ke negara melalui jalan laut dan darat serta mempunyai hubungan dan kerjasama dengan ejen sindiket di Yangoon, Myanmar.

“Malah, semua migran ini dijanjikan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, semalam.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArticlePublished 11 Sep 2023 1.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM