Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 12 417 Kemalangan Maut Direkodkan Sepanjang Tahun 2023

Diterbitkan: 02 Jan 2024 6.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Mengikut laporan sebelum ini, sebanyak 5,671 kes kemalangan maut dilaporkan sepanjang tahun 2022 dan 4,257 kes pula dicatatkan pada sebelumnya bagi tempoh yang sama.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-12-417-kemalangan-maut-direkodkan-sepanjang-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:27 MYT
Kuala Lumpur, 2 Januari 2024 - Jumlah kemalangan maut di negara ini terus meningkat apabila sebanyak 12,417 kes direkodkan sepanjang tahun lalu setakat Sabtu lepas.

Mengikut laporan sebelum ini, sebanyak 5,671 kes kemalangan maut dilaporkan sepanjang tahun 2022 dan 4,257 kes pula dicatatkan pada sebelumnya bagi tempoh yang sama.

Secara keseluruhannya, sebanyak 598,635 kes kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang tahun lalu melibatkan pelbagai jenis kenderaan.

Timbalan Pengarah I, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nasri Omar berkata, selain kemalangan maut, sebanyak 2,331 kes kemalangan melibatkan kecederaan parah, manakala 28,511 kes lagi cedera ringan.

“Kes-kes selebihnya melibatkan kerosakan pada kenderaan.

“Selangor mencatatkan jumlah kes kemalangan tertinggi iaitu sebanyak 173,129 kes diikuti dengan Johor sebanyak 87,370 kes dan Kuala Lumpur pula 72,701 kes.

“Angka kematian di Selangor juga merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 2,092 orang diikuti Johor seramai 2,010 mangsa dan Perak 1,321 mangsa," katanya ketika ditemui selepas Op Ambang Tahun Baharu di Plaza Tol Jalan Duta di sini kelmarin.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of 3 people, slow loris and text
ArtikelDiterbitkan 02 Jan 2024 6.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM