Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 106 Warga Asing Di Pasar Borong Ditangkap Pga

Diterbitkan: 30 Oct 2023 1.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 30 Oktober 2023 - Polis menahan 106 warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa dalam satu operasi di sebuah pasar borong di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-106-warga-asing-di-pasar-borong-ditangkap-pga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:31 MYT
Kuala Lumpur, 30 Oktober 2023 - Polis menahan 106 warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa dalam satu operasi di sebuah pasar borong di sini, kelmarin.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Zulkifli Jonit berkata, dalam operasi Taring Nyah II pada jam 4.30 pagi itu, seramai 103 lelaki dan tiga wanita yang ditahan itu terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan India.

“Kesemua pendatang asing tanpa izin itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(3), Seksyen 6(i)(c), serta Seksyen 15(4), Seksyen 15(i)(c) Akta Imigresen 1959 dan Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan penyeludupan pendatang tanpa izin di mana-mana balai berhampiran.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'GAGAL TUNJUK DOKUMEN SAH 106 warga asing di pasar borong ditangkap PGA Kuala Lumpur: nahan gagal asing sera
ArtikelDiterbitkan 30 Oct 2023 1.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM