
Article
Keratan Akhbar Pilihan 100 000 Kanak Kanak Terdedah Penderaan Seksual Dalam Talian
Kuala Lumpur, 19 November 2025 - Seorang daripada empat kanak-kanak di Malaysia, secara tidak sengaja terdedah kepada kandungan seksual atau bahan yang menggan...
Kuala Lumpur, 19 November 2025 - Seorang daripada empat kanak-kanak di Malaysia, secara tidak sengaja terdedah kepada kandungan seksual atau bahan yang mengganggu dalam talian, manakala kira-kira 100,000 kanak-kanak menjadi mangsa eksploitasi atau penderaan seksual dalam talian setiap tahun.
Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia dan Brunei, Mr. Robert Gass, berkata situasi bahaya dihadapi kanak-kanak semakin meningkat ketika landskap digital berkembang pesat di negara ini.
“Di Malaysia, seorang daripada empat kanak-kanak pernah ‘terjumpa'' dengan kandungan seksual atau mengganggu dalam talian secara tanpa dijangka.
“Kira-kira 100,000 kanak-kanak setiap tahun mengalami eksploitasi atau penderaan seksual dalam talian. Ini bersamaan seorang kanak-kanak dalam setiap bilik darjah,” katanya ketika mendedahkan situasi itu dalam ucapan di Forum ICT ASEAN mengenai Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
