Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 10 Serbuan Kekang Maksiat

Published: 08 Jul 2024 6.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 8 Julai 2024 - Pepatah ‘sambil menyelam minum air' cukup sesuai buat sekumpulan wanita warga asing yang bukan saja menawarkan khidmat urut serendah RM60, malah mengambil kesempatan menawarkan khidmat seks untuk memperoleh hasil lebih tinggi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-10-serbuan-kekang-maksiat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:26 MYT
Kuala Lumpur, 8 Julai 2024 - Pepatah ‘sambil menyelam minum air' cukup sesuai buat sekumpulan wanita warga asing yang bukan saja menawarkan khidmat urut serendah RM60, malah mengambil kesempatan menawarkan khidmat seks untuk memperoleh hasil lebih tinggi.

Kegiatan terbabit terdedah selepas anggota Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu beberapa premis urut di sekitar Lembah Klang, Jumaat lalu.

Operasi bermula jam 3 petang itu dijalankan di sekitar Brickfields, Cheras dan Dang Wangi selain Kajang, Gombak dan Ampang di Selangor.

Ketua Penolong Pengarah D7, JSJ Bukit Aman, SAC Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya melakukan 10 serbuan dan hasilnya, 39 wanita warga asing berusia 19 hingga 50-an, dipercayai bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut, ditahan.

“Kesemua premis urut ini dipercayai menggajikan wanita warga asing tanpa permit sah serta menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan perkhidmatan seks dan urutan,” katanya pada kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 08 Jul 2024 6.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM