
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan 10 000 Polis Bertugas Pastikan Prn Sabah Lancar
Tawau, 3 November 2025 - Kira-kira 10,000 anggota polis akan bertugas bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula tarikh penamaan...
Tawau, 3 November 2025 - Kira-kira 10,000 anggota polis akan bertugas bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula tarikh penamaan calon pada 15 November hingga hari pengundian 29 November ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, anggota dari Pejabat Polis Kontinjen Sarawak juga akan digerakkan sekiranya terdapat keperluan untuk menambah kekuatan anggota bertugas sepanjang tempoh PRN berlangsung.
“Pembekuan semua cuti telah kita keluarkan, kecuali cuti yang dibenarkan itu kita semak berdasarkan ‘case by case’. Saya telah mendengar taklimat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, mengenai kesiapsiagaan polis," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani: Inspirasi Malaysia di Dewan Terbuka Merotai Besar di sini pada Ahad.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.