Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kepulangan Wira Sukan Lawn Bowls Pdrm Disambut Meriah

Diterbitkan: 05 Dec 2019 4.59 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Sepang, 5 Disember 2019 - Seramai tujuh atlet sukan lawn bowls Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertanding pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina, disambut penuh meriah oleh kira-kira 30 warga Pasukan di perkarangan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebentar tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kepulangan-wira-sukan-lawn-bowls-pdrm-disambut-meriah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:53 MYT

Sepang, 5 Disember 2019 - Seramai tujuh atlet sukan lawn bowls Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertanding pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina, disambut penuh meriah oleh kira-kira 30 warga Pasukan di perkarangan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebentar tadi.

Kepulangan Sarjan Emma Firyana Saroji, Konstabel Auni Fathiah Kamis, Konstabel Muhammad Hizlee Abd Rais, Sarjan/S Siti Zalina Ahmad, Koperal Kpl/S Mohammad Syamil Syazwan Ramli, Koperal/S Azlina Arshad dan Koperal/S  Muhammad Soufi Rusli turut membawa berita gembira apabila mengumpul pingat terbanyak buat Malaysia dan PDRM setakat ini dengan pungutan tiga pingat emas dan dua gangsa. 

Sejurus tiba pada tepat jam 10.30 malam, para atlet menerima sorakan dan nyanyian semangat dengan iringan paluan gendang oleh The Blues Squad dari Kelab Penyokong Sukan PDRM Bukit Aman yang bergema memenuhi ruang perkarangan. 

Mereka kemudiannya dihadiahkan kalungan bunga oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), Bukit Aman, ACP Sukri Kaman yang mewakili Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato' Abd Rahim Jaafar. 

Jelas terpancar sinar kegembiraan di raut wajah setiap para atlet atas sambutan yang tidak mereka jangkakan itu. 

Turut hadir memeriahkan sambutan ialah para pegawai dan anggota dari Majlis Sukan PDRM serta ahli keluarga para atlet.

Tahniah dan syabas diucapkan buat kesemua atlet sukan lawn bowls atas kejayaan yang dikecapi. Go PDRM Go!!!

Image may contain: 3 people, people smiling, people eating
Atlet PDRM yang berjaya merangkul pingat di temasya Sukan SEA 2019.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing and outdoor
Atlet PDRM yang berjaya merangkul pingat di temasya Sukan SEA 2019.

Image may contain: 27 people, people smiling
Antara atlet lawn bowls yang mewakili negara di Sukan SEA 2019.

Image may contain: 16 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.

Image may contain: 16 people, people smiling, indoor
Bergambar kenangan.

ArtikelDiterbitkan 05 Dec 2019 4.59 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM