Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kemaskini Kes Kehilangan Adik Eric Polis Klasifikasi Sebagai Kes Bunuh

Published: 15 Mar 2022 3.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuching, 15 Mac 2022 - Kehilangan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Bintawa, di sini, sejak 7 Mac lalu kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kemaskini-kes-kehilangan-adik-eric-polis-klasifikasi-sebagai-kes-bunuh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:32 MYT

Kuching, 15 Mac 2022 - Kehilangan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Bintawa, di sini, sejak 7 Mac lalu kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, kes kehilangan kanak-kanak terbabit, Eric Chang Wei Jie disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, keputusan mengklasifikasikan semula kes itu dibuat selepas pihaknya menilai perkembangan terkini hasil siasatan.

"Usaha pencarian kanak-kanak itu kini diperluaskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin Wilayah 5 Sarawak.

"Operasi turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kawasan sungai di Muara Tebas," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 2 people, child and text that says 'Kehilangan Eric kini disiasat sebagai kes bunuh Kehilangan seorang suspek ajenay Keputusan dan dibat

ArticlePublished 15 Mar 2022 3.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM