Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kekalkan Integriti Profesionalisme Dan Semangat Kebersamaan Timbalan Kpn

Diterbitkan: 24 Jul 2026 8.26 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kuala Lumpur, 24 Julai 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyeru seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar terus memperkukuh integriti, profesionalisme dan semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah, sekali gus memastikan PDRM kekal relevan, diyakini masyarakat serta menjadi benteng utama keselamatan negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kekalkan-integriti-profesionalisme-dan-semangat-kebersamaan-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:20 MYT
Kuala Lumpur, 24 Julai 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyeru seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar terus memperkukuh integriti, profesionalisme dan semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah, sekali gus memastikan PDRM kekal relevan, diyakini masyarakat serta menjadi benteng utama keselamatan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi yang berlangsung di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, hari ini.

Dalam ucapannya, Tan Sri Ayob Khan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Sang Saka Biru atas sokongan, kerjasama dan kepercayaan yang diberikan sepanjang beliau menggalas amanah sebagai Timbalan KPN sejak Jun 2023.

Beliau juga menzahirkan rasa syukur atas segala pengalaman dan peluang sepanjang perkhidmatan, sambil mengingatkan warga pasukan agar sentiasa berpegang kepada prinsip "usaha, doa, tawakal dan reda" sebagai panduan dalam melaksanakan tugas serta menghadapi setiap cabaran.

Pada majlis tersebut, Tan Sri Ayob Khan berbesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan Timbalan KPN kepada pegawai dan anggota yang telah mempamerkan komitmen, dedikasi serta profesionalisme tinggi sehingga menyumbang kepada kejayaan Op Morava, operasi yang diterajui oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman. Tidak ketinggalan Sijil Penghargaan Timbalan KPN disampaikan kepada para pegawai polis pelbagai pangkat yang berkhidmat di Bukit Aman.

Turut hadir, Ketua Komunikasi Korporat, Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Julina Salehuddin, ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Mazlan Ismail dan para Pegawai Kanan Polis.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of text

May be an image of dais and text that says '天吉動 き心中 MAJLIS APRESIA ITIMBALAN KETUA POLIS N AЙ JUMAAT 0900 0900HRS HRS LBUKIT AMAN I VAN IHŁAT

May be an image of text that says 'KETUA KETUAIROLIS OLIS AYON GARA 黒 26| 26 JUN 14방 Siju RM HEATRETTE, BUKIT Ai'

May be an image of text

May be an image of dais and text that says 'ULNTI NTANI KETUA 大糕屋 Kp DLISNEGARA DLIS JEGARA 26 |@JUM Sijil THEATRETTE, DRM BUKI'
ArtikelDiterbitkan 24 Jul 2026 8.26 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM