Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejohanan Tembak Ipsc Pdrm Tahun 2022 Labuhkan Tirai Penuh Prestij

Diterbitkan: 27 Feb 2022 12.05 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 27 Februari 2022 – Acara tahunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tertangguh selama tiga tahun ekoran pandemik COVID-19 kini kembali meledakkan peluru penembak handalan memburu gelaran juara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-tembak-ipsc-pdrm-tahun-2022-labuhkan-tirai-penuh-prestij
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:03 MYT
Putrajaya, 27 Februari 2022 – Acara tahunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tertangguh selama tiga tahun ekoran pandemik COVID-19 kini kembali meledakkan peluru penembak handalan memburu gelaran juara.

Kejohanan Tembak "International Practical Shooting Confideration" (IPSC) PDRM Tahun 2022 telah melabuhkan tirai penuh prestij hari ini di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Presint 20, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dalam ucapan perasmian penutup berkata, kejohanan ini merupakan gelanggang terbaik
untuk mempamerkan aksi tembak IPSC dalam kalangan peserta selain berkongsi ilmu dan meningkatkan lagi kemahiran mengendalikan senjata api.

Kejohanan yang berlangsung sejak 21 Februari lalu mempertandingkan tiga kategori dan Unit Tindakhas telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Tembak IPSC PDRM 2022 dengan membawa pulang Piala Pusingan KPN dan Piala Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA). Bagi kategori Terbuka PDRM pula dimenangi oleh Pasukan 69 Komando.

Sepanjang acara berlangsung para peserta mempamerkan disiplin yang tinggi dan memberikan persaingan sengit dengan menunjukkan skil ketepatan menembak serta ketangkasan mengendalikan senjata api mengikut strategi masing-masing tanpa mengetepikan aspek keselamatan.

Penyertaan pada kejohanan kali ini merupakan yang tertinggi sejak IPSC PDRM dianjurkan iaitu melibatkan seramai 682 penembak dari kelab-kelab menembak seluruh Malaysia, jabatan-jabatan kerajaan dan pasukan-pasukan keselamatan negara.

Tan Sri Acryl Sani turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Regional Director IPSC Malaysia, Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman, Presiden National Range Officer Institute Malaysia, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Presiden Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Dato’ Seri Hj. Shafiz Dato’ Shahrani atas kerjasama penuh yang diberikan sepanjang pertandingan berlangsung.

Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany TLDM, Pengarah Jabatan KDNKA selaku Pengerusi Jawatankuasa Utama Kejohanan Tembak IPSC PDRM Tahun 2022, CP Dato’ Hazani Ghazali dan Pemangku Komander Unit Tindakhas merangkap Pengarah Kejohanan Tembak IPSC PDRM Tahun 2022, ACP Tuan Suzrin Mohd Rodhi.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Muhammad Rafsamjani Shamsul Bahar, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 11 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people and outdoors

May be an image of one or more people, bicycle and outdoors

May be an image of 11 people, people standing, people playing sports and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people and outdoors

May be an image of 2 people and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of ‎2 people, people standing and ‎text that says '‎(SPH) KEJO POL NAN TEMBA DIRAJA MALA 2022 خن UA POLIS NEGAR 24 FEB 2022 NGARAH

May be an image of 6 people and people standing


ArtikelDiterbitkan 27 Feb 2022 12.05 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM