Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kejohanan Kuda Lasak Piala Presiden Ppj 2023 Kpn Beraksi Cemerlang Raih Tempat Ketiga Acara Cen 40km

Published: 09 Dec 2023 2.13 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 9 Disember 2023 - Aksi cemerlang Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menunggang kuda dalam acara Concours de Reid d' Endurance National (CEN) 40 kilometer (km) Kejohanan Kuda Lasak Piala Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) 2023 berjaya melayakkan beliau meraih tempat ketiga keseluruhan bagi Kumpulan B.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-kuda-lasak-piala-presiden-ppj-2023-kpn-beraksi-cemerlang-raih-tempat-ketiga-acara-cen-40km
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:50 MYT
 
Putrajaya, 9 Disember 2023 - Aksi cemerlang Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menunggang kuda dalam acara Concours de Reid d' Endurance National (CEN) 40 kilometer (km) Kejohanan Kuda Lasak Piala Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) 2023 berjaya melayakkan beliau meraih tempat ketiga keseluruhan bagi Kumpulan B.

Kejohanan yang berlangsung di Taman Wetland, di sini, pagi tadi menghimpunkan seramai 113 atlet sukan kuda lasak dari pelbagai kelab kuda seluruh negara, dengan dua acara dipertandingkan iaitu CEN 40km (Kumpulan A dan B) serta VIP Ride 15km.
Tan Sri Razarudin yang memakai jersi bernombor 96 bersama kudanya 'Majic Octang', baka Arabian itu telah menamatkan acara dengan catatan masa 2 jam 32 minit 23 saat, didahului Timbalan Komander (Kejuruteraan), Pasukan Polis Marin, ACP Rosli Md Yusof bersama kudanya, 'GB Lunas' di tempat kedua dengan catatan masa 2 jam 32 minit 40 saat.

Acara "flag off" telah disempurnakan oleh Presiden PPj merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato' Fadlun Mak Ujud bersama Naib Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia, Tuan Hj. Mohamad Din Mat.

Selain Tan Sri Razarudin, atlet endurance Polis Diraja Malaysia (PDRM) lain yang turut serta ialah Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, ACP Rosman Kasman, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan dan Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM, DSP Nurhidayah Damanhoori bagi acara VIP Ride 15km.

Penyampaian hadiah kepada Tan Sri Razarudin tadi disampaikan oleh Naib Presiden Jabatan Undang-Undang PPj, Puan Baizura Kamal.

Sekalung ucapan tahniah buat Tan Sri Razarudin dan semua atlet kuda lasak PDRM atas kejayaan melakar sejarah cemerlang menerusi pertandingan kali ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), Kementerian Perladangan dan Komoditi, Dato' Zailani Hj. Hashim dan Pengarah Penguatkuasa PPj, Tuan Mohd Fauzi Hj. Ismail.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and tree

May be an image of 11 people and text

May be an image of 16 people and text

May be an image of 4 people and horse
 
 
 
 
ArticlePublished 09 Dec 2023 2.13 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM