Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kecekapan Warga Pasukan Kendali Senjata Berat Diuji

Diterbitkan: 17 Feb 2023 12.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 17 Februari 2023 – Kecekapan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan senjata berat jenis M16 dan M4 Carbine diuji menerusi dua pertandingan menembak yang dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), di Lapang Sasar Briged Utara, Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Perak, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kecekapan-warga-pasukan-kendali-senjata-berat-diuji
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:39 MYT
Ipoh, 17 Februari 2023 – Kecekapan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan senjata berat jenis M16 dan M4 Carbine diuji menerusi dua pertandingan menembak yang dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), di Lapang Sasar Briged Utara, Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Perak, di sini.

Kejohanan menembak Piala Ketua Polis Negara (KPN) dan Piala Pengarah Jabatan KDNKA yang dijalankan serentak itu telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 15 hingga 17 Februari 2023 melibatkan seramai 203 pegawai dan anggota dari setiap jabatan dalam PDRM termasuk elemen KDNKA seluruh negara.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah berpasukan dan individu yang terdiri daripada acara jatuhan piring serta tembak sasaran dengan jarak 200 meter.

69 Komando (VAT69) dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan sekali gus membawa pulang Piala Zabri bagi kedua-dua kategori.

Jabatan Pengurusan telah memenangi tempat kedua diikuti Unit Tindakhas di tempat ketiga bagi kategori berpasukan manakala kategori individu pula tempat kedua dimenangi oleh 69 Komando dan Jabatan Pengurusan di tempat ketiga dalam Piala KPN.

Bagi pertandingan Piala Pengarah Jabatan KDNKA menyaksikan Batalion 2, PGA Kulim, Kedah telah dinobatkan sebagai johan dalam acara tembak sasaran berpasukan diikuti PGA Briged Sabah di tempat kedua dan Batalion 1, PGA Ulu Kinta di tempat ketiga. Dalam acara individu pula, Sarjan Mohd Fadzlee Md Farid dari PGA Briged Sarawak muncul sebagai johan dan Koperal Mokhtar Razid Ab Hamid dari PGA Briged Sabah di tempat kedua serta Koperal Mohd Shamidi Yahaya dari Batalion 2, PGA Kulim di tempat ketiga. Manakala bagi kategori jatuhan piring Batalion 6, PGA Bakri Muar telah memenangi tempat pertama menewaskan Batalion 7, PGA Kuantan di tempat kedua dan PGA Briged Sabah di tempat ketiga.

Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali yang hadir mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani mengucapkan tahniah atas kehebatan yang telah ditunjukkan oleh kesemua peserta yang bertanding ketika berucap dalam majlis penutup perasmian yang diadakan pagi tadi. Beliau turut menyampaikan piala dan sijil penghargaan kepada pemenang.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas Bukit Aman, CP Datuk Samsudin Basir, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Dato’ Pahlawan Azizi Mat Aris, barisan timbalan pengarah PDRM, Komander Briged dan para pegawai kanan.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 7 people, people standing, outdoors and text that says 'KOMANDO 2'

May be an image of 1 person, outdoors and text that says 'MSA @HA PDRM'

May be an image of 6 people, outdoors and text that says 'UJIAN MENEMBAK RIFLE'

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing, military uniform, outdoors and text that says 'JAYSON'

May be an image of 10 people and outdoors

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 13 people and outdoors

May be an image of 8 people and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

ArtikelDiterbitkan 17 Feb 2023 12.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM