Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kebajikan Pasangan Warga Pdrm Dapat Perhatian Pengerusi Perkep Malaysia

Published: 28 Feb 2024 2.38 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kepala Batas, 28 Februari 2024 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia melalui pengerusinya, Puan Sri Zainah Othman telah mengadakan lawatan kebajikan kepada warga Pasukan di Kepala Batas, Pulau Pinang, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kebajikan-pasangan-warga-pdrm-dapat-perhatian-pengerusi-perkep-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:51 MYT
Kepala Batas, 28 Februari 2024 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia melalui pengerusinya, Puan Sri Zainah Othman telah mengadakan lawatan kebajikan kepada warga Pasukan di Kepala Batas, Pulau Pinang, pagi tadi.

Lawatan yang bermula sekitar jam 11.00 pagi itu telah menyantuni pasangan anggota polis yang menghidap penyakit kronik iaitu Sub Inspektor Julia Hussin dan pesara Koperal Noor Azman Mohd Kinan di rumahnya, di sini.

Pertemuan yang berlangsung hampir satu jam tadi turut diselitkan dengan penyampaian sumbangan kebajikan berupa barang keperluan harian untuk meringankan beban kedua warga Pasukan berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datin Nassariah Mohd Nor, Pengerusi perkep Kontinjen Kedah, Datin Norli Hj. Ahmad dan Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, ACP Wong Ting Lee.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.

May be an image of one or more people, headscarf and dais

May be an image of 6 people and headscarf

May be an image of 7 people and headscarf

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of 8 people, headscarf and dais

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 5 people, headscarf and dais

May be an image of 4 people
ArticlePublished 28 Feb 2024 2.38 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM