Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kdnprihatin Pdrm Terima Bangunan Pos Nibong Baharu Bagi Kegunaan Pga

Published: 11 Nov 2023 7.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Tumpat, 11 November 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima bangunan baharu dalam Majlis Penyerahan Pos Barisan Hadapan Briged Tenggara, Pos Nibong, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kdnprihatin-pdrm-terima-bangunan-pos-nibong-baharu-bagi-kegunaan-pga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:14 MYT
Tumpat, 11 November 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima bangunan baharu dalam Majlis Penyerahan Pos Barisan Hadapan Briged Tenggara, Pos Nibong, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di sini.

Majlis penyerahan bangunan bagi kegunaan Briged Tenggara PGA dalam melaksanakan kawalan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan itu berlangsung di antara Pengerusi PBLT Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Seri Dr. Hj. Mazlan Lazim dan Datuk Seri Saifuddin dengan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi dan Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Berucap dalam majlis tersebut, Datuk Seri Saifuddin menyatakan bahawa pembinaan semula Pos Nibong PGA adalah bagi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pegawai serta anggota keselamatan yang melaksanakan penugasan mengawal persempadanan negara dari sebarang bentuk pencerobohan dan penyeludupan sentiasa terjamin.

Pada awal pengoperasian sekitar tahun 1980-an, pos berkenaan hanya dilengkapi dengan sebuah khemah sebagai tempat penginapan dan melibatkan kekuatan empat anggota yang bertugas. Beberapa pos telah ditambah baik pada tahun 2008 menerusi Rancangan Malaysia ke-9 di mana sebuah kabin telah didirikan bagi menempatkan Pos Nibong PGA.

Bagi tujuan penyelenggaraan dan penambahbaikan, pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan yang meliputi 11 pos keselamatan termasuk Pos Nibong PGA, selain peruntukan tambahan bagi tujuan pembelian peralatan logisitik.
Terdahulu, Datuk Seri Saifuddin bersama Dato' Sri Ayob juga berkesempatan melawat Pos Ular dan Pos Simpangan PGA.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun, DCP Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat, Komander Briged Tenggara PGA, SAC Sheik Azhar Sheik Omar dan Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN, Tuan Ahmad Fuad Apandi.

Sumber: PDRM RMP TV

 
May be an image of 7 people

May be an image of 3 people

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎ه HAI PDRM‎'‎‎

May be an image of 3 people and text that says 'AYOB'

May be an image of 5 people

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people

May be an image of 4 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people
ArticlePublished 11 Nov 2023 7.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM