
Article
Kdnprihatin Kontinjen Negeri Sembilan Proses Kerja Baik Pulih Balai Polis Kuala Sawah Berjalan Lancar
Seremban, 12 September 2023 - Proses kerja membaik pulih dan menyelenggara Balai Polis Kuala Sawah berjalan lancar dan siap dilaksanakan.
Seremban, 12 September 2023 - Proses kerja membaik pulih dan menyelenggara Balai Polis Kuala Sawah berjalan lancar dan siap dilaksanakan.
Proses baik pulih ini merupakan antara peruntukan yang telah disalurkan Kerajaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui pembentangan Belanjawan 2023 bagi memberi keselesaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertugas sekali gus dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan.
Selain kerja-kerja baik pulih balai polis, tumpuan turut diberikan dalam menyelenggara kuarters, pondok polis termasuk pagar, jalan, dewan, tandas serta lain-lain fasiliti untuk warga PDRM khususnya.
PDRM sangat berterima kasih atas keprihatinan KDN yang sentiasa berusaha menaik taraf keperluan warga Pasukan, agar ianya seiring dengan matlamat Kerajaan demi kesejahteraan warga KDN dan masyarakat.
