Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kdnprihatin Kontinjen Negeri Pahang Proses Kerja Baik Pulih Balai Polis Tioman Berjalan Lancar

Published: 27 Sep 2023 10.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Rompin, 27 September 2023 - Proses kerja membaik pulih dan menyelenggara Balai Polis Tioman, Pahang berjalan lancar dan telah siap dilaksanakan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kdnprihatin-kontinjen-negeri-pahang-proses-kerja-baik-pulih-balai-polis-tioman-berjalan-lancar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:12 MYT
Rompin, 27 September 2023 - Proses kerja membaik pulih dan menyelenggara Balai Polis Tioman, Pahang berjalan lancar dan telah siap dilaksanakan.

Proses baik pulih ini merupakan antara peruntukan yang telah disalurkan Kerajaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui pembentangan Belanjawan 2023 bagi memberi keselesaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertugas sekali gus dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan.

Selain kerja-kerja baik pulih balai polis, tumpuan turut diberikan dalam menyelenggara kuarters, pondok polis termasuk pagar, jalan, dewan, tandas serta lain-lain fasiliti untuk warga PDRM khususnya.

PDRM sangat berterima kasih atas keprihatinan KDN yang sentiasa berusaha menaik taraf keperluan warga Pasukan, agar ianya seiring dengan matlamat Kerajaan demi kesejahteraan warga KDN dan masyarakat.

 
ArticlePublished 27 Sep 2023 10.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM