Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kdnprihatin Kontinjen Negeri Kedah Proses Kerja Baik Pulih Kuarters Balai Polis Kuala Ketil Berjalan Lancar

Diterbitkan: 20 Sep 2023 12.45 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Ketil, 20 September 2023 - Proses kerja membaik pulih dan menyelenggara kuarters Balai Polis Kuala Ketil, Kedah berjalan lancar dan telah siap dilaksanakan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kdnprihatin-kontinjen-negeri-kedah-proses-kerja-baik-pulih-kuarters-balai-polis-kuala-ketil-berjalan-lancar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:29 MYT
Kuala Ketil, 20 September 2023 - Proses kerja membaik pulih dan menyelenggara kuarters Balai Polis Kuala Ketil, Kedah berjalan lancar dan telah siap dilaksanakan.

Proses baik pulih ini merupakan antara peruntukan yang telah disalurkan Kerajaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui pembentangan Belanjawan 2023 bagi memberi keselesaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertugas sekali gus dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan.

Selain kerja-kerja baik pulih balai polis, tumpuan turut diberikan dalam menyelenggara kuarters, pondok polis termasuk pagar, jalan, dewan, tandas serta lain-lain fasiliti untuk warga PDRM khususnya.

PDRM sangat berterima kasih atas keprihatinan KDN yang sentiasa berusaha menaik taraf keperluan warga Pasukan, agar ianya seiring dengan matlamat Kerajaan demi kesejahteraan warga KDN dan masyarakat.

May be an image of text that says 'GAMBAR SEBELUM PEMBAIKAN'

May be an image of 2 people and text that says 'GAMBAR GAMBARSEMASA KERJA PEMBAIKAN'

May be an image of 1 person and text that says 'GAMBAR SELEPAS PEMBAIKAN'
ArtikelDiterbitkan 20 Sep 2023 12.45 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM