
Artikel
Kdnprihatin Kontinjen Negeri Kedah Proses Kerja Baik Pulih Kuarters Balai Polis Kuala Ketil Berjalan Lancar
Kuala Ketil, 20 September 2023 - Proses kerja membaik pulih dan menyelenggara kuarters Balai Polis Kuala Ketil, Kedah berjalan lancar dan telah siap dilaksanak...
Kuala Ketil, 20 September 2023 - Proses kerja membaik pulih dan menyelenggara kuarters Balai Polis Kuala Ketil, Kedah berjalan lancar dan telah siap dilaksanakan.
Proses baik pulih ini merupakan antara peruntukan yang telah disalurkan Kerajaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui pembentangan Belanjawan 2023 bagi memberi keselesaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertugas sekali gus dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan.
Selain kerja-kerja baik pulih balai polis, tumpuan turut diberikan dalam menyelenggara kuarters, pondok polis termasuk pagar, jalan, dewan, tandas serta lain-lain fasiliti untuk warga PDRM khususnya.
PDRM sangat berterima kasih atas keprihatinan KDN yang sentiasa berusaha menaik taraf keperluan warga Pasukan, agar ianya seiring dengan matlamat Kerajaan demi kesejahteraan warga KDN dan masyarakat.