Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kdnprihatin Kontinjen Negeri Johor Proses Kerja Baik Pulih Kuarters Ipk Johor Berjalan Lancar

Diterbitkan: 14 Sep 2023 7.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 14 September 2023 - Proses kerja membaik pulih dan menyelenggara kuarters Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berjalan lancar dan hampir siap dilaksanakan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kdnprihatin-kontinjen-negeri-johor-proses-kerja-baik-pulih-kuarters-ipk-johor-berjalan-lancar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:11 MYT
Johor Bahru, 14 September 2023 - Proses kerja membaik pulih dan menyelenggara kuarters Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berjalan lancar dan hampir siap dilaksanakan.

Proses baik pulih ini merupakan antara peruntukan yang telah disalurkan Kerajaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui pembentangan Belanjawan 2023 bagi memberi keselesaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertugas sekali gus dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan.

Selain kerja-kerja baik pulih balai polis, tumpuan turut diberikan dalam menyelenggara kuarters, pondok polis termasuk pagar, jalan, dewan, tandas serta lain-lain fasiliti untuk warga PDRM khususnya.

PDRM sangat berterima kasih atas keprihatinan KDN yang sentiasa berusaha menaik taraf keperluan warga Pasukan, agar ianya seiring dengan matlamat Kerajaan demi kesejahteraan warga KDN dan masyarakat.

ArtikelDiterbitkan 14 Sep 2023 7.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM