
Kdn Perkenal Tiga Teras Strategik Utama Dalam Fokus 2020
Putrajaya, 16 Januari 2020 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengumumkan tiga teras strategik utama sebagai panduan dalam Fokus 2020 bagi memperkasakan keselamatan ketenteraman awam, memantapkan institusi sistem perkhidmatan serta mengukuhkan keselamatan rentas sempadan.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin dalam amanatnya yang disampaikan di hadapan 1,000 orang warga KDN di Majlis Perhimpunan Bulanan KDN anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi bulan Januari 2020 yang berlangsung di Auditorium Blok D8, Kompleks KDN, Putrajaya, di sini, pagi tadi.
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin berkata, tiga teras utama Fokus 2020 ini akan sekaligus menyokong visi dan misi KDN ke tahap yang lebih cemerlang dan berharap agar semua warga KDN meletakkan keutamaan dalam setiap perancangan serta memberikan sepenuh komitmen dalam setiap program yang dirancang oleh pihak Kementerian.
Perhimpunan pada kali ini turut menyaksikan pelancaran Modul Pendaftaran dan Permit Mengubur Secara Atas Talian melalui Sistem Laporan Polis Bersepadu (iPRS) yang merupakan kolaborasi antara PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Hadir sama dalam perhimpunan pada hari ini ialah Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Jamil Rakon, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, serta warga kerja Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN.
Ucapan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin di Majlis Perhimpunan Bulanan KDN anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi bulan Januari 2020.
Sekitar pelancaran Modul Pendaftaran dan Permit Mengubur Secara Atas Talian melalui Sistem Laporan Polis Bersepadu (iPRS) di Majlis Perhimpunan Bulanan KDN anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi bulan Januari 2020.
Bergambar kenangan bersama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.
Ketibaan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin di Majlis Perhimpunan Bulanan KDN anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi bulan Januari 2020.
Sekitar nyanyian lagu Negaraku, Korporat Kementerian Dalam Negeri 'Keharmonian Rakyat' dan Malaysia Bersih.
Bacaan doa dipimpin oleh Penolong Pengarah (Agama) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud.
Sekitar bacaan doa.
Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan KDN anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi bulan Januari 2020 di Auditorium Blok D8, Kompleks KDN, Putrajaya.
Sekitar sesi sidang media berlangsung.