Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kawasan Rondaan Unit Bermotor Akan Diperluas

Published: 17 Jun 2014 7.04 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
'Kita akan berusaha memperluas rondaan URB ke semua kawasan, sama ada panas atau tidak, dalam usaha mencegah jenayah di daerah ini,' katanya ketika berucap pada Pelancaran Jom Ronda Versi 2.0 Bersama ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kawasan-rondaan-unit-bermotor-akan-diperluas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:53 MYT

Tawau, 6 Julai - Kawasan rondaan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini akan diperluas ke kawasan lain mengikut keutamaan dan keperluan, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintenden Keong Ho Eng.

Beliau berkata pada masa ini, rondaan URB hanya tertumpu di Taman Semarak dan Taman Mega Jaya yang dikategori sebagai kawasan panas.

"Kita akan berusaha memperluas rondaan URB ke semua kawasan, sama ada panas atau tidak, dalam usaha mencegah jenayah di daerah ini," katanya ketika berucap pada Pelancaran Jom Ronda Versi 2.0 Bersama URB Peringkat Daerah Tawau di Dewan Serbaguna Semarak semalam.

Keong berkata URB di Taman Semarak dan Taman Mega Jaya merupakan usaha murni serta tekad kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah secara sistematik bagi menyemai perasaan selamat dalam kalangan penduduk kawasan terbabit.

"Walaupun indeks jenayah menurun dan berada pada paras yang tidak membimbangkan tetapi itu tidak bermakna jenayah tidak berlaku, sebab itu kita wujudkan Program Kepolisan Komuniti," katanya.

Beliau berkata program itu merupakan jambatan penghubung antara polis dan masyarakat untuk memainkan peranan bersama bagi merealisasi suasana persekitaran yang selamat serta kondusif.

Katanya, URB di daerah Tawau dilancar pada 18 April lepas dengan kekuatan 17 unit motosikal bagi membantu mempertingkat keselamatan masyarakat, terutama di kawasan taman perumahan yang agak padat.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.04 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM