
Artikel
Jurutera Teknologi Buat Hantaran Hina Islam Didakwa Di Mahkamah Sesyen
Kuala Lumpur, 22 November 2023 - Jurutera teknologi maklumat didakwa di Mahkamah Sesyen semalam kerana membuat kenyataan menghina Islam berhubung isu homoseksu...
Kuala Lumpur, 22 November 2023 - Jurutera teknologi maklumat didakwa di Mahkamah Sesyen semalam kerana membuat kenyataan menghina Islam berhubung isu homoseksual menerusi Facebook, awal tahun ini.
Penghantaran dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pada jam 1.45 petang, 12 Januari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selain boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Ahmad Feisal juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal, manakala warga emas itu diwakili peguam, Tuan Muhammad Sufyan Wafiq Mohd Zainal.
Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM8,000 dan menetapkan 5 Disember ini untuk sebutan semula kes.