Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jurutera Teknologi Buat Hantaran Hina Islam Didakwa Di Mahkamah Sesyen

Published: 22 Nov 2023 9.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 22 November 2023 - Jurutera teknologi maklumat didakwa di Mahkamah Sesyen semalam kerana membuat kenyataan menghina Islam berhubung isu homoseksual menerusi Facebook, awal tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jurutera-teknologi-buat-hantaran-hina-islam-didakwa-di-mahkamah-sesyen
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
Kuala Lumpur, 22 November 2023 - Jurutera teknologi maklumat didakwa di Mahkamah Sesyen semalam kerana membuat kenyataan menghina Islam berhubung isu homoseksual menerusi Facebook, awal tahun ini.

Ahmad Feisal Mohd Kamil, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini terhadap pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik di Facebook 'Feisal Kamil', pada jam 12.17 tengah hari, 10 Januari lalu.

Penghantaran dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pada jam 1.45 petang, 12 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selain boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Ahmad Feisal juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal, manakala warga emas itu diwakili peguam, Tuan Muhammad Sufyan Wafiq Mohd Zainal.

Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM8,000 dan menetapkan 5 Disember ini untuk sebutan semula kes.

ArticlePublished 22 Nov 2023 9.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM