Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jurukimpal Didenda Rm5 000 Miliki Pistol Senapang Tiruan

Published: 01 Nov 2018 8.10 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Tindakan seorang jurukimpal menyimpan empat pistol tiruan, selaras senapang raifal tiruan dan lapan bungkus peluru jenis airsoft ball bearing membawa padah apabila dia dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jurukimpal-didenda-rm5-000-miliki-pistol-senapang-tiruan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:24 MYT

Tindakan seorang jurukimpal menyimpan empat pistol tiruan, selaras senapang raifal tiruan dan lapan bungkus peluru jenis airsoft ball bearing membawa padah apabila dia dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohamad Firdaus Saidina Ali turut memerintahkan Mohd Akbar Telani, 30, menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Bagaimanapun, teman wanita tertuduh, Nur Atiqah Mohd Jalal, 29, yang bekerja sebagai kerani dan didakwa atas kesalahan sama, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Akbar dan Nur Atiqah didapati dalam milikan empat pistol tiruan, selaras senapang raifal M4 tiruan dan lapan bungkus airsoft ball bearing di sebuah rumah di Jalan Pandan Indah 5/20, daerah Hulu Langat di sini, jam 3.55 petang, pada 27 Oktober lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan dibaca bersama Seksyen Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Mohd Akbar yang tidak diwakili peguam, memohon dijatuhi hukuman ringan dengan alasan perlu menanggung ibu dan dua anak.

“Saya tidak tahu pistol mainan ini adalah di bawah Akta Senjata,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim, membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dijatuhi hukuman berat kerana membabitkan kesalahan serius di mana pemilikan barang kes boleh menyumbang kepada jenayah lebih berat.

“Mohon mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan Nur Atiqah diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 November ini untuk sebutan semula kes.

ArticlePublished 01 Nov 2018 8.10 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM