Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jsj Tonggak Kecemerlangan Penguatkuasaan Undang Undang Negara

Diterbitkan: 28 May 2025 4.40 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.00 PM
Kuala Lumpur, 28 Mei 2025 – Kejayaan berterusan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dalam memerangi pelbagai bentuk jenayah kompleks menegaskan peranannya sebagai tunjang utama dalam penguatkuasaan undang-undang negara, demikian menurut Ketua Polis Negara (KPN), IGP Tan Sri Razarudin Husain dalam ucapan beliau sempena Perhimpunan Bulanan bagi Mei 2025 yang dianjurkan oleh JSJ di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jsj-tonggak-kecemerlangan-penguatkuasaan-undang-undang-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:11 MYT
Kuala Lumpur, 28 Mei 2025 – Kejayaan berterusan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dalam memerangi pelbagai bentuk jenayah kompleks menegaskan peranannya sebagai tunjang utama dalam penguatkuasaan undang-undang negara, demikian menurut Ketua Polis Negara (KPN), IGP Tan Sri Razarudin Husain dalam ucapan beliau sempena Perhimpunan Bulanan bagi Mei 2025 yang dianjurkan oleh JSJ di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman, hari ini.

Berucap dalam perhimpunan tadi, Tan Sri Razarudin merakamkan penghargaan atas kejayaan berterusan jabatan itu dalam membanteras jenayah kompleks termasuk perjudian haram dan pemerdagangan orang.

Antara kejayaan yang diberi penekanan termasuklah pelaksanaan Operasi Pintas Mega oleh Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran secara bersepadu bersama kontinjen seluruh negara, Operasi Cyber Guardian yang melibatkan seksual kanak-kanak secara atas talian dan Operasi Dadu Khas di mana PDRM telah berjaya merampas 3,646 peranti elektronik termasuk komputer, tablet serta telefon bimbit selain wang tunai melebihi RM1.6 juta.

“Gerakan bersepadu ini memperlihatkan ketegasan JSJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk aktiviti jenayah termasuk perjudian haram yang menyalahi undang-undang dan mampu menggugat ketenteraman awam," ujarnya.

Tan Sri Razarudin juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada petugas PDRM yang terlibat dalam Program Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi serta Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 tahun 2025.

Dalam pada itu, beliau turut berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada 57 warga PDRM sebagai simbolik pengiktirafan atas sumbangan serta komitmen cemerlang yang dipamerkan.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah JSJ selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstable Muhammad Azri Mod Sabri

May be an image of 7 people and text

May be an image of 8 people and text that says 'M 된 S టీ e श 9'

May be an image of 8 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 11 people and text


ArtikelDiterbitkan 28 May 2025 4.40 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.00 PM