Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

TIPS HANTAR ANAK KE PUSAT ASUHAN/ PENGASUH PERSENDIRIAN

Diterbitkan: 13 Nov 2018 2.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
TIPS HANTAR ANAK KE PUSAT ASUHAN/ PENGASUH PERSENDIRIAN Terbaru negara digemparkan kisah yang menyayat hati dengan berita kematian seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang dilaporkan meninggal dunia akibat penderaan fizikal dan seksual.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jomberingat-tips-hantar-anak-ke-pusat-asuhan-pengasuh-persendirian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:58 MYT

TIPS HANTAR ANAK KE PUSAT ASUHAN/ PENGASUH PERSENDIRIAN
#JomBeringat

TIPS HANTAR ANAK KE PUSAT ASUHAN/ PENGASUH PERSENDIRIAN

Terbaru negara digemparkan kisah yang menyayat hati dengan berita kematian seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang dilaporkan meninggal dunia akibat penderaan fizikal dan seksual.

Peristiwa ini membuka mata ramai pihak, sejauh mana tahap keselamatan anak di bawah jagaan pengasuh persendirian / pusat asuhan.

Kes kematian bayi di bawah jagaan pengasuh bukanlah yang pertama dilaporkan, malahan ada beberapa kes yang hampir sama berlaku dan meragut nyawa anak yang tidak berdosa itu akibat perbuatan si pelaku yang hilang kewarasan akal dan fikiran serta kecuaian manusia.

PILIH PENGASUH PERSENDIRIAN/ PUSAT ASUHAN YANG BERDAFTAR DI BAWAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Antara tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa sebelum menghantar anak ke rumah pengasuh ataupun pusat asuahan adalah menjadi tanggungjawab mereka sendiri dengan memastikan pengasuh/ pusat asuhan tersebut berdaftar dengan JKM.

Pengasuh persendirian atau pusat asuhan yang berdaftar akan menjalani kursus asas latihan penjagaan bayi dan kanak-kanak.

Berdasarkan kes-kes sebelum ini, tragedi malang itu kebanyakannya berlaku di bawah jagaan pengasuh persendirian yang tidak terlatih dan tidak berdaftar.

Di sini Admin kongsikan Infografik beberapa tips menghantar anak ke pusat asuhan atau pengasuh persendirian. Semoga anak-anak kita dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Sumber : Infografik BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 13 Nov 2018 2.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM