Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jenayah Libatkan Suspek Oku Autism Tiga Agensi Jalin Kerjasama

Diterbitkan: 20 Sep 2018 8.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 20 September 2018 – Dalam memastikan prosedur siasatan polis bagi kes jenayah yang melibatkan orang kurang upaya (OKU) dan autism diperkemas serta dijalankan dengan sebaiknya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) sedia menjalinkan kerjasama dengan Pusat Permata Kurnia dan badan bukan kerajaan, Yayasan Pengaman Malaysia (PENGAMAN) bagi mencapai objektif tersebut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenayah-libatkan-suspek-oku-autism-tiga-agensi-jalin-kerjasama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:34 MYT

Kuala Lumpur, 20 September 2018 – Dalam memastikan prosedur siasatan polis bagi kes jenayah yang melibatkan orang kurang upaya (OKU) dan autism diperkemas serta dijalankan dengan sebaiknya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) sedia menjalinkan kerjasama dengan Pusat Permata Kurnia dan badan bukan kerajaan, Yayasan Pengaman Malaysia (PENGAMAN) bagi mencapai objektif tersebut.

Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, CP Dato’ Ramli Din berkata, PDRM akan menganjurkan beberapa siri program kesedaran autism di kalangan pegawai dan anggota polis khususnya mereka yang terlibat dalam siasatan jenayah.

“Pusat Permata Kurnia juga sudi berkongsi kepakaran dan ilmu pengetahuan yang dimilikinya bagi mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang terbaik dalam mengendalikan kes-kes melibatkan suspek autism,” ujarnya dalam sesi perbincangan bersama Pengarah Permata Kurnia, Dr. Hasnah Toran dan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia, Tan Sri Hussin Haji Ismail yang diadakan di Pusat Permata Kurnia, Sentul, pagi tadi.

Tambah CP Dato’ Ramli, PDRM juga sedang meneliti contoh-contoh garis panduan yang dipraktikkan oleh negara-negara luar mengenai pengendalian terbaik kes jenayah melibatkan suspek OKU dan autism. 

Seusai sesi perbincangan yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) (Modenisasi), Dato' Dr. Lee Bee Phang, wakil media dan warga kerja Pusat Permata Kurnia, hadirin telah dibawa melawati kelas-kelas di pusat tersebut bagi melihat pelbagai kaedah pembelajaran khas oleh para tenaga pengajar dalam mengurus dan mendidik anak-anak autism.

36
Sekitar lawatan berlangsung.

10
Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, CP Dato’ Ramli Din mejawab soalan tetamu yang hadir.

7
Sekitar lawatan berlangsung.

14
Bergambar Kenangan.

33
Sekitar lawatan berlangsung.

ArtikelDiterbitkan 20 Sep 2018 8.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM