Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jangan Ambil Kesempatan Atas Isu 1mdb

Published: 10 Jul 2015 3.08 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Melaka, 10 Julai - Semua pihak termasuk ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi melakukan sesuatu yang boleh mencemar keharmonian dan keamanan negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jangan-ambil-kesempatan-atas-isu-1mdb
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:01 MYT


Melaka, 10 Julai - Semua pihak termasuk ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi melakukan sesuatu yang boleh mencemar keharmonian dan keamanan negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Berikutan itu, Khalid berkata, beliau telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap seorang ahli politik yang mengeluarkan kenyataantentang adanya demonstrasi besar-besaran mengenai isu tersebut.

"Saya beri ingatan tegas di sini kepada sesiapa sahaja tidak kira ahli politik atau NGO, jangan ambil kesempatan terhadap isu (1MDB) sekarang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Rondaan Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan di Bandar Hilir, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata indeks jenayah di negara ini menurun kira-kira 14 peratus untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya sebanyak 56,175 kes jenayah dicatat dalam tempoh itu tahun ini berbanding 65,336 kes pada tahun lepas.

"Jenayah jalanan juga menuruh sebanyak 27 peratus, manakala jenayah ragut dan pecah rumah masing-masing turun sebanyak 19.1 peratus dan 10.4 peratus tahun ini," katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 10 Jul 2015 3.08 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM