Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jaga Jarak Selamat Kenderaan Anda

Published: 09 Nov 2018 3.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
#JomBeringat JAGA JARAK SELAMAT KENDERAAN ANDA Siri #JomBeringat kali ini membawa netizen untuk bersama-bersama menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan serta undang-undang jalan raya. Bak kata pepatah malang tak berbau!
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jaga-jarak-selamat-kenderaan-anda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:50 MYT


Jaga Jarak Selamat Kenderaan Anda#JomBeringat
JAGA JARAK SELAMAT KENDERAAN ANDA

Siri #JomBeringat kali ini membawa netizen untuk bersama-bersama menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan serta undang-undang jalan raya. Bak kata pepatah malang tak berbau!

Saban hari kita disajikan dengan berita kemalangan jalan raya yang meragut nyawa disebabkan oleh kecuaian dari pengguna jalan raya yang lain. 

Antara punca yang dikenalpasti menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya adalah jarak selamat kenderaan.

Pengguna jalan raya diingatkan supaya menjaga jarak yang selamat semasa memandu, terutamanya di belakang kenderaan berat bagi mengelak daripada berlakunya kemalangan.

TIPS MENJAGA JARAK SELAMAT KENDERAAN

1- Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaan berat seperti bas atau lori kerana fizikal kenderaan yang besar akan menyebabkan pemandu sukar untuk melihat dan ia merupakan titik buta kepada mereka.

2- Jarak yang paling selamat adalah dengan mengikut peraturan antara dua hingga empat saat di belakang kenderaan hadapan. Ini merupakan jarak yang paling selamat.

Dengan mengamalkan peraturan itu pengguna jalan raya mempunyai jarak yang mencukupi untuk berhenti dengan selamat jika kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba.

Mudah bukan? Oleh yang demikian jom pakat-pakat share info berguna ni, sambal belajar sambal menyebarkan ilmu, dapat pahala! 

#JomBeringat sebelum terkena!

Sumber imej : Kementerian Pengangkutan Malaysia
ArticlePublished 09 Nov 2018 3.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM