Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jabatan Pengurusan Juara Kejohanan Bola Jaring Piala Tkss Bukit Aman 2019

Published: 21 Nov 2019 12.00 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Pasukan bola jaring Jabatan Pengurusan dinobatkan juara Kejohanan Bola Jaring Piala Tabung Kebajikan Sukan dan Sosial (TKSS) Bukit Aman 2019 selepas menewaskan pasukan dari Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) pada aksi final yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jabatan-pengurusan-juara-kejohanan-bola-jaring-piala-tkss-bukit-aman-2019
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:25 MYT

Kuala Lumpur, 21 November 2019 - Pasukan bola jaring Jabatan Pengurusan dinobatkan juara Kejohanan Bola Jaring Piala Tabung Kebajikan Sukan dan Sosial (TKSS) Bukit Aman 2019 selepas menewaskan pasukan dari Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) pada aksi final yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, petang tadi.

Kejohanan yang bermula semalam itu turut menyaksikan pasukan bola jaring Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur mendapat tempat ketiga, diikuti pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah.

Sebagai rekod, pasukan terbaik sepanjang kejohanan tersebut berlangsung berjaya disandang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Manakala bagi kategori penjaring terbanyak dan pemain terbaik pula, masing-masing disandang oleh Koperal Rozie Haslinda Masni dari Jabatan Pengurusan dan Konstabel Nur Idayu Basri dari pasukan Briged Utara, PGA.

Hadir menyempurnakan upacara penyampaian piala dan cenderahati tadi ialah Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), Bukit Aman, ACP Mohd Sukri Kaman.

Turut hadir, Timbalan Komandan (Latihan) PULAPOL Kuala Lumpur, ACP Wan Hamzah Haji Wan Kadir dan Pegawai Turus Kem Komandan, Bukit Aman, Superintendan Amalluddin Kamaruddin.

Jabatan Pengurusan Juara Kejohanan Bola Jaring Piala Tkss Bukit Aman 2019
Pasukan bola jaring Jabatan Pengurusan dinobatkan juara Piala Tabung Kebajikan Sukan dan Sosial (TKSS) Bukit Aman 2019.

 
 
 
 

Image may contain: 16 people, people smiling, child and outdoor
Pasukan bola jaring Briged Tengah, PGA menjadi Naib Johan dalam Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS Tahun 2019.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing, shoes and outdoor
Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS Tahun 2019.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing, basketball court and outdoor
Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS Tahun 2019.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
ACP Mohd Sukri Kaman menyampaikan piala dan cenderahati kepada para pemenang.

Image may contain: 2 people, people standing, basketball court and outdoor
Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS Tahun 2019.

Image may contain: one or more people and basketball court
Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS Tahun 2019.

Image may contain: one or more people, people standing, basketball court, shoes, tree and outdoor
Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS Tahun 2019.

ArticlePublished 21 Nov 2019 12.00 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM