
Jabatan Pengurusan Juara Kejohanan Bola Jaring Piala Tkss Bukit Aman 2019
Kuala Lumpur, 21 November 2019 - Pasukan bola jaring Jabatan Pengurusan dinobatkan juara Kejohanan Bola Jaring Piala Tabung Kebajikan Sukan dan Sosial (TKSS) Bukit Aman 2019 selepas menewaskan pasukan dari Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) pada aksi final yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, petang tadi.
Kejohanan yang bermula semalam itu turut menyaksikan pasukan bola jaring Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur mendapat tempat ketiga, diikuti pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah.
Sebagai rekod, pasukan terbaik sepanjang kejohanan tersebut berlangsung berjaya disandang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Manakala bagi kategori penjaring terbanyak dan pemain terbaik pula, masing-masing disandang oleh Koperal Rozie Haslinda Masni dari Jabatan Pengurusan dan Konstabel Nur Idayu Basri dari pasukan Briged Utara, PGA.
Hadir menyempurnakan upacara penyampaian piala dan cenderahati tadi ialah Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), Bukit Aman, ACP Mohd Sukri Kaman.
Turut hadir, Timbalan Komandan (Latihan) PULAPOL Kuala Lumpur, ACP Wan Hamzah Haji Wan Kadir dan Pegawai Turus Kem Komandan, Bukit Aman, Superintendan Amalluddin Kamaruddin.
Pasukan bola jaring Jabatan Pengurusan dinobatkan juara Piala Tabung Kebajikan Sukan dan Sosial (TKSS) Bukit Aman 2019.
Pasukan bola jaring Briged Tengah, PGA menjadi Naib Johan dalam Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS Tahun 2019.
Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS Tahun 2019.
Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS Tahun 2019.
ACP Mohd Sukri Kaman menyampaikan piala dan cenderahati kepada para pemenang.
Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS Tahun 2019.
Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS Tahun 2019.
Kejohanan Bola Jaring Piala TKSS Tahun 2019.