
Artikel
Isu Tular Artikel Pilihan Dua Pengasuh Taska Ditahan Bantu Kes Dera Kanak Kanak
Besut, 6 September 2024 - Dua pengasuh ditahan untuk membantu siasatan berhubung penularan video kes dera kanak-kanak di sebuah taska di daerah ini.
Besut, 6 September 2024 - Dua pengasuh ditahan untuk membantu siasatan berhubung penularan video kes dera kanak-kanak di sebuah taska di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, susulan penularan video berdurasi 0.25 saat di media sosial, satu laporan polis diterima daripada ibu kepada kanak-kanak di dalam video itu kira-kira 7 malam tadi.
"Dua pengasuh berusia 26 dan 50 tahun yang ditahan hari ini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Besut esok untuk permohonan perintah reman," katanya dalam kenyataannya, hari ini.