Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Isu Tular Artikel Pilihan Dua Pengasuh Taska Ditahan Bantu Kes Dera Kanak Kanak

Published: 06 Sep 2024 1.23 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Besut, 6 September 2024 - Dua pengasuh ditahan untuk membantu siasatan berhubung penularan video kes dera kanak-kanak di sebuah taska di daerah ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/isu-tular-artikel-pilihan-dua-pengasuh-taska-ditahan-bantu-kes-dera-kanak-kanak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:51 MYT
 
Besut, 6 September 2024 - Dua pengasuh ditahan untuk membantu siasatan berhubung penularan video kes dera kanak-kanak di sebuah taska di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, susulan penularan video berdurasi 0.25 saat di media sosial, satu laporan polis diterima daripada ibu kepada kanak-kanak di dalam video itu kira-kira 7 malam tadi.

"Mangsa seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun serta seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun.

"Dua pengasuh berusia 26 dan 50 tahun yang ditahan hari ini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Besut esok untuk permohonan perintah reman," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Sumber: Harian Metro

 
 
ArticlePublished 06 Sep 2024 1.23 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM