Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Iron Man Bantu Pdrm Cegah Jenayah

Published: 17 Jun 2014 7.22 AM Updated: 15 Aug 2026 7.45 PM
Baru-baru ini melalui Program Community Policing, seorang lelaki yang berpakaian seperti watak adiwira terkenal 'Iron Man' secara sukarela membantu pihak polis mengedarkan risalah pencegahan jenayah k..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/iron-man-bantu-pdrm-cegah-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:14 MYT

Polis Melaka mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai tanggungjawab dalam konteks pencegahan jenayah.

Baru-baru ini melalui Program Community Policing, seorang lelaki yang berpakaian seperti watak adiwira terkenal 'Iron Man' secara sukarela membantu pihak polis mengedarkan risalah pencegahan jenayah kepada orang ramai di kawasan tumpuan pelancong iaitu di Menara Taming Sari, A' Famosa dan Dataran Pahlawan, Melaka.

Rata-rata pengunjung begitu teruja dengan kehadiran adiwira itu dan memuji pendekatan kreatif PDRM dalam memupuk sikap kerjasama antara polis dengan masyarakat dan mencegah dan membanteras jenayah.

Program tersebut diketuai oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah iaitu ACP Salehuddin Bin Hj Ab Rahman juga pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

Iron Man Bantu Pdrm Cegah Jenayah

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.22 AMUpdated 15 Aug 2026 7.45 PM