Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ipcmc Mampu Tingkatkan Lagi Keupayaan Pdrm

Diterbitkan: 20 Sep 2019 8.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Cheras, 20 September 2019 - Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan mempu meningkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain dilihat menggalakkan integriti dalam kalangan warga pasukan keselamatan tertua di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ipcmc-mampu-tingkatkan-lagi-keupayaan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:20 MYT
Cheras, 20 September 2019 - Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan mempu meningkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain dilihat menggalakkan integriti dalam kalangan warga pasukan keselamatan tertua di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, selaras dengan penubuhan suruhanjaya itu, kerajaan akan turut memastikan semua aspek kebajikan, kemajuan dan hak warga PDRM sentiasa terjamin.

Beliau yang kini dalam lawatan kerja ke lima zon di seluruh negara bagi menghadiri sesi konsultasi Rang Undang-undang IPCMC, turut meluangkan masa berkongsi pandangan dengan warga PDRM di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM, di sini, sebentar tadi.

Turut hadir dalam sesi konsultasi tersebut, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, Tuan Mohamad Onn Abd Aziz.

Terdahulu di sebelah pagi, Datuk Liew yang diiringi Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zainal Abidin Abu Hassan telah membuat lawatan ke Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA).

Beliau bersama ahli rombongan turut ditaklimatkan berkenaan infrastruktur PGA dan kekuatan Ibu Pejabat Polis Daerah, balai, lokap serta kuarters PDRM di peringkat zon tengah.

Turut hadir sama, barisan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri, para pegawai KDN serta wakil-wakil media.


18
Sekitar Lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong ke Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA).

30
Sekitar Lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong ke Kuarters PGA Cheras.

39
Sekitar Sesi Konsultasi Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 Bersama PDRM di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM.

48
Bergambar kenangan.

ArtikelDiterbitkan 20 Sep 2019 8.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM