Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Integriti Tonggak Kepolisan Timbalan Kpn Ingatkan Inspektor Pelatih Hindari Rasuah

Published: 09 Oct 2025 8.49 AM Updated: 15 Aug 2026 6.41 PM
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan kepada para Inspektor Pelatih yang akan memulakan fasa baharu dalam dunia kepolisan agar menghindari rasuah ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/integriti-tonggak-kepolisan-timbalan-kpn-ingatkan-inspektor-pelatih-hindari-rasuah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:34 MYT
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan kepada para Inspektor Pelatih yang akan memulakan fasa baharu dalam dunia kepolisan agar menghindari rasuah ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Perkara tersebut ditegaskan oleh beliau semasa menyampaikan amanat dalam Majlis Konvokesyen Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Bilangan 13 Siri 1/2025 kepada 345 orang Inspektor Pelatih di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Tan Sri Ayob Khan turut menegaskan bahawa setiap pegawai polis hendaklah menjunjung integriti sebagai landasan moral dan etika tertinggi dalam melaksanakan tugas, di samping menolak sekeras-kerasnya amalan rasuah yang bukan sahaja menjejaskan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah menggugat kesejahteraan masyarakat serta kestabilan negara.

Dalam pada itu, beliau juga menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelatih atas kejayaan mereka menamatkan latihan dengan cemerlang, sambil menekankan kepentingan integriti, profesionalisme, perkhidmatan berkualiti dan kerjasama dengan masyarakat sebagai teras utama dalam menjalankan amanah kepolisan.

Majlis yang diadakan merupakan simbolik meraikan kejayaan 345 orang Inspektor Pelatih yang berjaya menamatkan PLAK selama sembilan bulan di institusi latihan terunggul PDRM itu selain permulaan perjalanan karier sebagai pegawai kanan PDRM yang akan ditempatkan di pelbagai kontinjen dan jabatan seluruh negara bagi melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, barisan Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris dan ahli keluarga pelatih.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of text

May be an image of 3 people and text that says 'AYOB Αγ0θ Жyp ONVOI ROGRAMLATIH ROGRAN RAM LATIH INSPEKTOR PUSAT LAT AYOE AN'

May be an image of 9 people and text that says 'dd Majls ONVOKESYEN ASA RAM LATIHAN KEPOLISA PR INSPEKTOR PELATIH 13 STRI1/20 PUSAT LATI LATIHAN ALA LUMP A

May be an image of ‎3 people, dais and ‎text that says '‎PULAPOL Majlis K ONVOKESY ROGRAMLATIHANASASK PROGRAM LATIHAN ASAS KEP INSPEKTORPI PELAT BIL

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 09 Oct 2025 8.49 AMUpdated 15 Aug 2026 6.41 PM