Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Insuran Perlindungan Kenderaan

Diterbitkan: 18 Jul 2019 8.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Setiap pemilik kenderaan diwajibkan membeli insuran perlindungan kenderaan setiap tahun apabila memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM). Insuran perlindungan kenderaan diperlukan untuk tujuan tuntutan terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang berkemungkinan berlaku akibat pemanduan kenderaan di atas jalan raya. Kos pembelian insuran perlindungan kenderaan menyebabkan orang ramai beranggapan ianya membebankan k
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/insuran-perlindungan-kenderaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:06 MYT
Setiap pemilik kenderaan diwajibkan membeli insuran perlindungan kenderaan setiap tahun apabila memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM). 

Insuran perlindungan kenderaan diperlukan untuk tujuan tuntutan terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang berkemungkinan berlaku akibat pemanduan kenderaan di atas jalan raya.

Kos pembelian insuran perlindungan kenderaan menyebabkan orang ramai beranggapan ianya membebankan kerana terpaksa membayar lebihan wang setiap kali memperbaharui LKM.

Contohnya, bagi kenderaan jenis Myvi yang telah diguna pakai selama tujuh tahun, pemilik hanya diperlukan membayar lebih kurang RM90 untuk memperbaharui LKM tetapi terpaksa membayar melebihi RM500 untuk membeli insuran perlindungan kenderaan.

Kesalahan tidak memiliki insuran perlindungan kenderaan yang sah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apabila disabitkan, denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2019 8.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM