Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Insiden Pencerobohan Lahad Datu Tidak Lekang Dari Ingatan

Published: 01 Mar 2024 12.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Hari ini, tanggal 1 Mac 2024, genaplah sebelas tahun insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada 1 dan 2 Mac 2013 yang mengorbankan 10 wira negara ketika mempertahankan kedaulatan tanah air.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/insiden-pencerobohan-lahad-datu-tidak-lekang-dari-ingatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:07 MYT
Hari ini, tanggal 1 Mac 2024, genaplah sebelas tahun insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada 1 dan 2 Mac 2013 yang mengorbankan 10 wira negara ketika mempertahankan kedaulatan tanah air.

Sesungguhnya, peristiwa penuh tragedi itu tidak mungkin akan luput dari ingatan kita semua, khasnya warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
Hinggalah ke hujung nyawa, merekalah wira-wira negara berpegang teguh pada janji, tiada sesiapapun boleh merampas tanah tumpah darah kami ini!

Wira-wira yang terkorban ketika pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah:
1. Allahyarham ASP Zulkifli Mamat
2. Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud

Wira-wira yang terkorban ketika pertempuran di Kampung Simunul, Semporna, Sabah:

1. Allahyarham ACP Ibrahim Lebar
2. Mendiang DSP Michael Padel
3. Allahyarham Sarjan Mejar Detektif Baharin Hamit
4. Allahyarham Sarjan Mejar Aziz Sarikun
5. Allahyarham Sarjan Sokongan Salam Togiran
6. Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran

Damailah wahai perwira negara di negeri yang abadi. Terima kasih jua atas segala jasa, budi dan pengorbanan yang ditaburkan. Pastinya akan kami kenang dan perjuangkan buat selama-lamanya.

Al-Fatihah dan Salam Takziah.

May be an image of 8 people and text that says 'Terbitan Konsep: Urus tiaKP Korporat) INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU DAN SEMPORNA, SABAH SUPT G/10768 IBRA
ArticlePublished 01 Mar 2024 12.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM