Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Infopdrm Unit Pemusnah Bom Pdrm

Published: 09 Dec 2019 9.36 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Pada awal tahun 70-an, Malaysia telah mengorak langkah ke arah era pembangunan. Semasa kerja-kerja penerokaan dijalankan, pihak peneroka sering terjumpa dengan bom-bom peninggalan perang. Di peringkat awal, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan untuk menghapuskan segala ancaman ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/infopdrm-unit-pemusnah-bom-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:11 MYT

Sejarah Awal

Pada awal tahun 70-an, Malaysia telah mengorak langkah ke arah era pembangunan. Semasa kerja-kerja penerokaan dijalankan, pihak peneroka sering terjumpa dengan bom-bom peninggalan perang. Di peringkat awal, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan untuk menghapuskan segala ancaman ini.

Pada masa yang sama, Parti Komunis Malaya (PKM) turut mempergiat gerakannya untuk melumpuhkan kerajaan yang telah dibentuk secara demokrasi dengan menghasilkan bom buatan sendiri dan meletakkannya di lokasi-lokasi strategik serta kawasan operasi pasukan keselamatan negara. Krisis ancaman bom sampai ke kemuncakknya menjelang pertengahan tahun 70-an.

Menjelang pertengahan tahun 70-an, krisis ancaman bom menjadi semakin kronik dan memuncak sehingga merebak ke bandar-bandar utama. Pada masa inilah kerajaan telah membuat keputusan untuk menubuhkan Unit Pemusnah Bom di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Organisasi Unit Pemusnah Bom PDRM

Pada tahun 1979, Unit Pemusnah Bom PDRM telah ditubuhkan dan diletakkan di Cawangan Persenjataan, Bukit Aman. Bermula saat itu, semua pegawai dan anggota cawangan persenjataan telah disyaratkan untuk mengikuti Kursus Pemusnah Bom Tahap I dan II.

Fungsi Utama Unit Pemusnah Bom PDRM:

- Menjalankan proses pemusnahan kelengkapan bahan letupan bertaraf "D".
- Menjalankan proses pemusnahan kelengkapan bahan letupan yang tidak meletup.
- Menjalankan proses pemusnahan Jerangkap Letupan Rekaan (Improvised Explosive Device-IEDs).
- Menyelaras, membantu dan menjalankan proses carian sejurus menerima maklumat mengenai ancaman bom (Offensive Search).
- Membantu dan menjalankan proses pembersihan keselamatan (Defensive Search).
- Menyediakan arahan kontingensi bagi menghadapi kecemasan termasuk membantu pihak ATM bila diperlukan.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoBersama
#InfoPDRM

Image may contain: one or more people and text

ArticlePublished 09 Dec 2019 9.36 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM