
Lencana ‘Bersedia Berkhidmat’ dikeluarkan sempena pelancaran gerakan bersedia berkhidmat yang diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu, Colonel A.E. Young pada 15 Disember 1952.
Lencana ini dipakai oleh setiap pegawai dan anggota dalam Pasukan Polis bermula 15 Disember 1952 sehingga 25 Januari 1996 bagi memberi semangat dan dorongan dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Pada tahun 1999, cara pemakaian lencana ini telah diubah kedudukannya daripada disematkan di lengan baju sebelah kiri kepada pemakaian di poket baju di sebelah kiri dengan tambahan Bunga Padi yang melingkari Tangan Bersalaman tersebut.
Sumber- Muzium Polis Diraja Malaysia