Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Infopdrm Balai Polis Bergerak

Published: 20 Oct 2020 9.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Balai Polis Bergerak merupakan salah satu kemudahan yang kian diperlukan dalam tugasan barisan hadapan polis dan ia merupakan sebuah pejabat pertanyaan mudah alih yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sama ada di dalam atau luar bandar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/infopdrm-balai-polis-bergerak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:20 MYT
Balai Polis Bergerak merupakan salah satu kemudahan yang kian diperlukan dalam tugasan barisan hadapan polis dan ia merupakan sebuah pejabat pertanyaan mudah alih yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sama ada di dalam atau luar bandar. Tercetusnya ilham untuk mewujudkan Balai Polis Bergerak adalah seiring dengan berkembangnya Sistem Salleh pada awal tahun 1970-an.

Mengikut sejarah awal penubuhan Balai Polis Bergerak yang bermula pada tahun 1973, ia menggunakan kenderaan satu gandar dan ditarik oleh sebuah kenderaan lain. Kajian demi kajian telah dibuat untuk memperbaiki keadaan mengikut kesesuaiannya selari dengan peredaran zaman dan kepentingan setempat. Pada tahun 1966, Cawangan Pengangkutan Bukit Aman telah membuat ubah suai ke atas Balai Polis Bergerak kepada bentuk “Caravan” yang mudah ditarik menggunakan kenderaan Pasukan yang lebih ringan.

Selain memudahkan urusan orang ramai dengan pihak polis, fungsi utama penggunaan Balai Polis Bergerak ialah sebagai penyumbang kepada Balai Polis dan Pondok Polis yang sedia ada. Penggunaan Balai Polis Bergerak lebih praktikal digunakan ketika berlaku sesuatu majlis, perayaan atau insiden yang memerlukan perkhidmatan anggota polis. Ia juga diletakkan di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai dan “hotspot” serta kawasan yang memerlukan perhatian pihak polis.

Sumber: Buku Sejarah Bergambar Institusi Polis Diraja Malaysia

ArticlePublished 20 Oct 2020 9.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM