Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Infokpn Jom Kenali Kpn Keenam

Diterbitkan: 04 Feb 2020 10.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Negara Keenam: Tan Sri Norian Mai (08.01.1999 – 04.11.2003) Tan Sri Norian Mai dilahirkan di Hilir Perak, Perak pada 5 November 1946. Beliau mendapat pendidikan awal di Government English School, Teluk Intan, Perak, 1959, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur, 1963. Setelah lulus dengan cemerlang di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sejarah pada tahun 1968 dan Diploma Pentadbiran Awam. Tan Sri Norian telah mendirikan rumahtangga bersama dengan Puan Sri Rokiah Ismail dan telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/infokpn-jom-kenali-kpn-keenam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:00 MYT

Ketua Polis Negara Keenam: Tan Sri Norian Mai (08.01.1999 – 04.11.2003)

Tan Sri Norian Mai dilahirkan di Hilir Perak, Perak pada 5 November 1946. Beliau mendapat pendidikan awal di Government English School, Teluk Intan, Perak, 1959, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur, 1963. Setelah lulus dengan cemerlang di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sejarah pada tahun 1968 dan Diploma Pentadbiran Awam. Tan Sri Norian telah mendirikan rumahtangga bersama dengan Puan Sri Rokiah Ismail dan telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Tan Sri Norian mula menceburkan diri dalam pasukan polis Diraja Malaysia sebagai Kadet ASP pada 8 November 1969. Setelah tamat menjalani latihan, beliau telah ditempatkan di Cawangan Jenayah Bukit Aman sebelum menjadi Pegawai Penyiasat di Seremban, Negeri Sembilan. Berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh Tan Sri Norian, beliau kemudiannya ditugaskan sebagai Ketua Polis Daerah Jasin, Melaka, Petaling Jaya, Selangor dan seterusnya sebagai Ketua Polis Terengganu dan Ketua Polis Selangor.

Tan Sri Norian juga mempunyai pengalaman yang luas dalam Cawangan Khas oleh itu beliau dilantik sebagai pegawai tertinggi di cawangan tersebut pada 1 April 1994. Pada 6 Mei 1997, Tan Sri Norian dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, seterusnya menjadi Ketua Polis Negara keenam pada 8 Januari 1999 bagi menggantikan tempat Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Sumber: Muzium Polis Diraja Malaysia

Image may contain: 1 person, sitting

ArtikelDiterbitkan 04 Feb 2020 10.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM