Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Infokpn Jom Kenali Kpn Kedua

Published: 11 Jan 2020 3.57 AM Updated: 15 Aug 2026 6.46 PM
Beliau merupakan anak Melayu yang pertama menjawat jawatan tertinggi di dalam PDRM. Beliau memulakan kariernya dalam Pasukan Polis Melayu Bersekutu sebagai Konstabel pada 25 September 1935. Beliau memperkenalkan unsur pemikiran baru sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa. Usaha gigih beliau telah melahirkan ‘Sistem Salleh’, di samping Pasukan Kadet Polis dan Pasukan Sukarelawan Polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/infokpn-jom-kenali-kpn-kedua
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:14 MYT

Ketua Polis Negara Kedua: Tun Haji Mohamed Salleh Ismael (29.03.1966 - 31.01.1973)

Tun Haji Mohamed Salleh Ismael dilahirkan pada 7 Julai 1917 di Bukit Mertajam Pulau Pinang, dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang kedua pada 29 Mac 1966.

Beliau berkelulusan Sijil Cambridge serta lulus dalam Undang Undang Rendah, Tinggi dan Peraturan Polis. Tun Haji Mohamed Salleh telah mendirikan rumahtangga bersama dengan Toh Puan Hajah Sa’odah @ Annie Zedah Abdul Aziz dan telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

Beliau merupakan anak Melayu yang pertama menjawat jawatan tertinggi di dalam PDRM. Beliau memulakan kariernya dalam Pasukan Polis Melayu Bersekutu sebagai Konstabel pada 25 September 1935.

Beliau memperkenalkan unsur pemikiran baru sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa. Usaha gigih beliau telah melahirkan ‘Sistem Salleh’, di samping Pasukan Kadet Polis dan Pasukan Sukarelawan Polis.

Beliau dikurniakan dengan berbagai bintang kehormat dan darjah kebesaran dari dalam dan luar negeri. Beliau meninggal dunia pada 31 Januari 1973.

Sumber: Muzium Polis Diraja Malaysia

Infokpn Jom Kenali Kpn Kedua

ArticlePublished 11 Jan 2020 3.57 AMUpdated 15 Aug 2026 6.46 PM