Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Info Balai Balai Polis Petaling Kuala Lumpur

Diterbitkan: 15 Sep 2020 7.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Balai Polis Petaling telah wujud sejak tahun 1956 dan struktur asal bangunan tersebut diperbuat daripada kayu tetapi dirobohkan serta dibina semula menggunakan konkrit pada tahun 1977.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/info-balai-balai-polis-petaling-kuala-lumpur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:01 MYT

Balai Polis Petaling telah wujud sejak tahun 1956 dan struktur asal bangunan tersebut diperbuat daripada kayu tetapi dirobohkan serta dibina semula menggunakan konkrit pada tahun 1977.

Balai tersebut dirasmikan oleh Datuk Mahmood Haji Nassir pada 27 Oktober 1979 yang merupakan Ketua Polis Kuala Lumpur ketika itu.

Balai yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields itu mempunyai keluasan balai 6.5 kilometer persegi meliputi taman-taman perumahan dan perindustrian.

Selain itu, penugasan balai turut mendapat sokongan kekuatan daripada sebuah balai polis komuniti iaitu Balai Polis Komuniti Sri Sentosa yang terletak dalam daerah sama.

Balai berkenaan diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Inspektor dengan dibantu oleh seramai 117 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

Image may contain: text and outdoor

ArtikelDiterbitkan 15 Sep 2020 7.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM